fbpx

Lelaki terbang bersama layang-layang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tao mendakwa hobi terbang bersama layang-layang hanya dilakukan oleh mereka yang mahir. - Newsflare

BEIJING – Satu klip video tular di media sosial China memaparkan seorang lelaki melayang tinggi di langit sambil menerbangkan sebuah layang-layang gergasi, lapor akhbar New York Post semalam.

Orang ramai ketawa sambil kehairanan melihat dirinya, namun lelaki itu kelihatan tenang semasa melayang di udara di kawasan pantai di bandar Tangshan.

Dia sesekali menjulang setinggi lebih 30 meter di sekeliling layang-layang lain.

Selepas mendarat di pantai, dia meluncur ke udara sekali lagi dengan berpaut pada tangkali tali layang-layangnya.

“Dia tidak membuat kesilapan (terbang). Dia melakukannya dengan sengaja,” kata seorang lelaki dikenali sebagai Tao yang merakam video tersebut.

Tao mengusahakan sebuah kedai layang-layang.

Menurut Tao, rakannya itu bukan satu-satunya orang yang terbang bersama-layang-layang dan ia bukan hobi yang berbahaya.

“Tali layang-layang diperbuat daripada Kevlar dan kami menggunakan tali pinggang keselamatan semasa bermain, jadi tidak akan ada sebarang masalah.
“Sudah tentu hanya profesional bermain layang-layang seperti ini,” katanya. – Agens

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN