fbpx

Bomba, Marina Island bantu penduduk sediakan bekalan air bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk mengambil bekalan air bersih disalurkan oleh pasukan bomba di pekarangan premis pasukan itu di Seri Manjung, petang semalam. - Foto ihsan bomba

LUMUT – Prihatin dengan masalah gangguan bekalan air dihadapi penduduk di daerah Manjung sejak kelmarin, pelbagai pihak melakukan inisiatif membekalkan air bersih kepada orang ramai di daerah itu.

Antaranya ialah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung dan BBP Sitiawan yang mengagihkan bekalan air kepada penduduk di pekarangan premis pasukan itu mulai pukul 4 petang hingga 8 malam tadi.

Ketua BBP Seri Manjung, Suhaimy Mohd. Suhail, menjelaskan pengagihan bekalan air itu dilakukan bagi membantu pihak Lembaga Air Perak (LAP) dalam memastikan penduduk setempat tidak terlalu terjejas dan dapat mengatasi masalah tersebut.

Menurutnya, penduduk mengambil kesempatan daripada inisiatif tersebut dengan masing-màsing membawa tong air serta baldi bagi mengisi air yang disalurkan daripada jentera pemadam api.

Sementara itu, syarikat Marina Island yang mengagihkan bekalan air mulai pukul 3 petang sehingga 10 malam tadi, melanjutkan lagi operasi pemberian air percuma itu kepada 24 jam lagi sehingga diberitahu kelak.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Ding Mei Looi, berkata penduduk hanya perlu pergi ke Marina Island dan memaklumkan kepada pihak penguat kuasa di pintu masuk utama premis itu untuk mengambil bekalan air di kedai Pro Cut Auto Detailing Sdn. Bhd.

Menurut beliau, pihaknya berharap orang ramai membawa bekas air bersesuaian mengikut keperluan diri dan bukannya mengambil bekalan air tersebut untuk tujuan perniagaan.

Semalam, Marina Island meminta orang ramai membawa bekas sendiri dan tidak melebihi 20 liter seorang di premis tersebut.

Selain itu, sebanyak 250 karton air minuman isian 500 mililiter diedarkan kepada warga Pulau Pangkor melalui Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor, Norhaslinda Zakaria. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI