fbpx

Sultan Nazrin terima serahan zakat perniagaan RM1.64 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (tiga dari kiri) berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM1.64 juta yang diserahkan lima syarikat korporat di Istana Iskandariah di Bukit Chandan di sini hari ini.

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM1.64 juta yang diserahkan lima syarikat korporat di Istana Iskandariah di Bukit Chandan di sini hari ini.

Zakat tersebut diserahkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad dengan jumlah RM520,000 diikuti CelcomDigi Berhad (RM419,454), Telekom Malaysia Berhad (RM309,855), Boustead Plantations Berhad (RM295,247) dan GB13 Group Sdn. Bhd. (RM100,000).

Kesemua syarikat itu menunaikan pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2022.

Penyerahan itu diadakan sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Media, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Sektor Korporat, Swasta, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan belia.

Baginda kemudian menyerahkan semua cek zakat perniagaan itu kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd. Annuar Zaini.

Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim kemudian berbuka puasa bersama tetamu dan menunaikan solat Maghrib, isyak dan tarawih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI