fbpx

KPM teliti laksana K9, K11 untuk murid berkeperluan khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pkharuddin Ghazali

SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) khusus buat murid berkeperluan khas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, dalam mesyuarat terbaharu KPM, pihaknya memikirkan mengenai murid berkeperluan khas atau anak murid yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) yang ada di antara mereka yang tercicir dari pendidikan.

“Petang tadi kita bermesyuarat, kita sudah mula memikirkan supaya anak-anak OKU yang berada di sekolah rendah… ada yang mungkin tercicir kalau kita nak suruh dia pergi ke sekolah menengah yang agak jauh.

“… sebab anak OKU ni sukar untuk diuruskan oleh ibu bapa yang mungkin pendapatannya rendah. Kalau kita tidak buat K9, K11 untuk peringkat perdana sekurang-kurangnya kita buat untuk anak-anak OKU.

“Jadi anak-anak OKU boleh berada di sekolah itu dari tahun satu hingga tingkatan lima, atau dari tahun satu hingga tingkatan tiga. Kita akan perincikan lagi pendekatan kita untuk kumpulan ini,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Bank Islam Malaysia Berhad dan Yayasan didik Negara serta Majlis Berbuka Puasa di Royale Chulan, di sini, tadi.

Turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi; dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed. – KOSMO! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI