fbpx

Amelia Henderson mungkin sertai politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMELIA HENDERSON tidak menolak kemungkinan untuk terjun ke bidang politik pada masa depan.

KUALA LUMPUR – Kepercayaan yang diberikan untuk menemubual Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini menjentik idea pelakon dan pengacara jelita Amelia Henderson untuk tidak menolak kemungkinan bakal terjun ke bidang politik suatu masa nanti.

Bagaimanapun kata Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson, masih terlalu awal untuk dirinya menceburi dunia politik kerana banyak ilmu yang perlu diterokai sebagai persediaan ke arah itu.

“Saya tak menolak (ceburi bidang politik). Aktivisme adalah satu perkara yang sangat dekat di hati saya. Selama ini, saya tak pernah sentuh atau bercakap tentang apa-apa berkaitan politik.

“Hal ini kerana, saya belum bersedia untuk terima tanggungjawab tersebut terutama, sebab latar belakang pekerjaan saya dari bidang hiburan.

“Tak pernah terfikir nak masuk bidang politik tapi ramai kata, saya seorang yang agak tegas (pendirian) sebab saya dibesarkan seorang wanita (ibu) yang sangat luar biasa dan prinsip hidup saya sekarang, datangnya daripada dia juga (Dr. Jaya Rudralingam),” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis berbuka puasa Rizman Ruzaini di sebuah hotel terkemuka ibu negara, malam tadi.

Jelas pelakon filem Pulau itu lagi, setiap rakyat Malaysia perlu cakna tentang apa yang berlaku dalam dunia politik tanah air demi kestabilan dan keamanan negara.

“Kalau saya bercakap selama ini, saya kena cakna dan tak boleh terlalu bercakap pendapat berunsur peribadi tanpa betul-betul buat homework atau kajian untuk sebarkan mesej yang positif demi negara yang saya cintai.

“Setakat ini, belum ada idea lagi untuk ceburi bidang politik sebab bidang itu bukan industri saya tapi sebagai rakyat Malaysia, kita semua patut tahu pasal politik.

“Sebab itu yang menentukan kehidupan kita macam mana. Bagaimana negara ditadbir; sama ada kita suka atau sebaliknya. Negara adalah hak kita (rakyat).

“Saya memang akan bersuara perihal yang penting dan dekat di hati saya. Saya seorang yang sangat patriotik. Jadi, saya akan menyokong apa-apa yang menyumbang kepada kebaikan negara. Sebab saya lahir di negara ini,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Amelia diberi tanggungjawab menjadi moderator program dialog anak muda bersiri dikenali sebagai Temu Anwar yang berlangsung pada 19 Mac lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Bukan sahaja itu, menerusi program podcast (audiosiar) Studio Sembang kendaliannya, Amelia, 28, juga pernah mewawancara bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI