fbpx

[VIDEO] Pemandu tabur paku atas jalan dari tingkap kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan tindakan seorang pemandu yang didakwa menabur paku di atas jalan menjadi tular di media sosial hari ini.

PETALING JAYA – Tular sebuah rakaman memaparkan tindakan seorang pemandu yang didakwa menabur paku ke atas jalan raya melalui tingkap keretanya.

Video yang dimuat naik pemilik akaun @IniAlalalannn di Twitter hari ini menerima pelbagai reaksi orang ramai termasuk yang mengecam tindakan pemandu berkenaan.

“Cela*** jenis tabur paku atas jalan ini, menyusahkan orang betul.

“Aku doa sahaja kena dekat keluarga dia sendiri kemalangan sebab paku tabur atas jalan ini, baru ada akal.

“Dapat video yang dikongsikan banyak kali di kumpulan WhatsApp keluarga,” ciapnya.

Menurut pemilik akaun itu, lokasi kejadian dikatakan berlaku di Lebuh Raya Ipoh – Lumut.

Menjengah ke ruangn komen, ada beberapa pengguna lain menyifatkan tindakan tersebut sengaja dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab agar berlaku kemalangan semata-mata untuk mereka mendapat keuntungan.

“Kes macam ini kadang kala sengaja dibuat terutama pihak ‘towing’, percayalah, kalau berlaku kemalangan, selang beberapa minit terus sampai mereka ini, tak perlu dihubungi. Pelik kan? tapi ini realiti mereka nak cari pelanggan,” kongsi Ahmad Munir.

“Rakam dan lapor pada polis, nombor pendaftaran pun jelas tu, biar kena tindakan pemandu tak ada otak macam itu,” ciap Shikin. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI