fbpx

LPPSA tawar e-Kaunter untuk kemudahan pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.-Foto FAISOL MUSTAPA/KOSMO!

PUTRAJAYA- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kini tampil menawarkan e-Kaunter kepada pelanggan untuk berhubung dengan agensi itu menerusi panggilan video.

Platform komunikasi baharu atas talian itu turut membolehkan rakan kerjasama agensi berkenaan berurusan secara maya dan tidak perlu hadir secara fizikal.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA, Mohd. Farid Nawawi, langkah tersebut antara usaha agensi itu menambah baik penyampaian perkhidmatan dan memudahkan urusan.

“Ini merupakan satu langkah ke hadapan demi memartabatkan aspek pengurusan untuk penjawat awam di seluruh negara kerana mereka hanya hadir secara maya.

“Pelanggan cuma perlu memastikan capaian jalur lebar dalam keadaan optimum untuk berhubung dengan pegawai khidmat LPPSA,” katanya di sini tadi.

Katanya, e-Kaunter turut boleh diakses dengan mudah di mana-mana merangkum pelbagai peranti seperti telefon bimbit pintar, komputer dan juga tablet.

“Pelbagai perkhidmatan ada disediakan termasuk konsultasi bagi pengiraan kelayakan, semakan tunggakan, pertanyaan status pinjaman dan penghantaran dokumen,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI