fbpx

73.67 tan sisa makanan dibuang sehari di Selangor, Klang paling tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara sisa makanan yang dibuang dari bazar Ramadan sekitar Selangor. -Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 73.67 tan sisa buangan dari bahan makanan di bazar Ramadan seluruh Selangor dibuang setiap hari pada tahun ini.

KDEB Waste Management (KDEBWM) berkata, jumlah tersebut adalah peningkatan kira-kira 45 peratus berbanding bulan sama tahun lalu.

Jelas KDEBWM, daripada jumlah tersebut, Majlis Perbandaran Klang (MPK) mencatatkan pembuangan sisa makanan tertinggi iaitu kira-kira 17.93 tan berbanding tahun lalu sekitar 1.43 tan.

“Ia diikuti Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sebanyak 16.1 tan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), 13.48 tan dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ),10.99 tan. Kawasan lain mencatatkan angka kurang daripada 10 tan sehari,

“Jumlah 73.67 tan yang direkodkan ini melibatkan tujuh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor berbanding 50.78 tan pada setiap hari pada bulan Ramadan tahun lalu,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, KDEBWM berkata, peningkatan itu susulan daripada penambahan jumlah petak perniagaan dan peniaga di Bazar Ramadan di negeri ini berbanding tahun sebelum ini yang sedikit terhad berikutan impak daripada pandemik Covid-19.

Ujarnya, secara keseluruhan sebanyak 10,524 petak disediakan pada tahun ini berbanding tahun lalu iaitu hanya 7,623.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI