fbpx

Seludup warga Filipina: Pegawai terbabit bakal dibuang kerja – Ruslin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruslin bercakap pada sidang akhbar berhubung sindiket perjudian didalangi warga asing di JIM Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Bakal berdepan tindakan buang kerja.

Itu tindakan bakal dikenakan terhadap anggota dan pegawai yang didapati terlibat dalam sindiket penyeludupan pendatang haram warga Filipina ke Semenanjung Malaysia melalui Lapangan Terbang Tawau (LTT) baru-baru ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, beliau menegaskan jabatannya tidak akan berkompromi berhubung isu berkenaan.

Beliau berkata, jika mereka didapati bersalah tindakan sewajarnya akan dikenakan termasuk dibuang kerja.

“Itu bergantung kepada proses perundangan yang berlaku, kita beri masa sedikit lagi,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membanteras sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) Filipina melalui jalan udara dari Sabah ke Semenanjung Malaysia.

Pada masa sama, Ruslin berkata, beliau tidak boleh memberi penjelasan lanjut berhubung perkara tersebut kerana ianya masih dalam siasatan SPRM.

“Paling pentingnya adalah kita (JIM) memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam melengkapkan siasatan,” katanya.

Katanya, beliau menegaskan bahawa JIM tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang melanggar peraturan dan terbabit dalam rasuah serta salah guna kuasa.

Jelasnya lagi, tindakan segelintir yang melakukan kesalahan amat kecil jika mahu dibandingkan dengan kekuatan belasan ribu anggotanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI