fbpx

Sebut harga belum keluar, Mat Sabu jawab Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (kiri), Sanusi (kanan).

PETALING JAYA – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tampil menafikan tuduhan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md. Nor berkenaan penggunaan dewan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, Selangor.

Mohamad melalui Facebooknya menjelaskan, tuduhan Sanusi yang mendakwa MAEPS sepatutnya dijadikan tapak lokasi Majlis Berbuka Puasa Anak-Anak Kedah Di Perantauan Bersama Menteri Besar pada 9 April depan, ditarik balik adalah tidak benar.

“Pelik juga saya bila MB Kedah kata, kelulusan sewaan dewan telah ditarik balik oleh KPKM sedangkan Pengurusan Dewan MAEPS belum keluarkan apa-apa surat setuju terima, sebut harga pun belum keluar.

“Lagi satu macam mana MB boleh sebarkan dulu poster program sebelum lokasi telah disahkan sudah dapat? Biasanya dah pasti baru kongsi,” jelas Mohamad hari ini.

Tambah beliau lagi, penganjuran aktiviti lain antaranya program Anak Terengganu di MAEPS tiada masalah dan boleh sahaja dianjurkan.

“Untuk makluman YAB, program Anak Terengganu di MAEPS tiada apa-apa masalah dan akan berlangsung seperti dijadualkan.

“Oleh kerana YAB dah kata program Anak Kedah akan dibuat di tempat lain, kami kira tak jadilah noo,” katanya lagi.

Tambah Mohamad, jika tidak pasti janganlah kongsi.

Terdahulu, Sanusi hari ini MAEPS yang sepatutnya dijadikan tapak lokasi Majlis Berbuka Puasa Anak-Anak Kedah Di Perantauan Bersama Menteri Besar pada 9 April depan, ditarik balik.

Semalam, Muhammad Sanusi mendakwa dihalang daripada menghadiri sebarang majlis kerajaan Persekutuan termasuk Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23) pada Mei tahun ini.

Menurut Muhammad Sanusi, beliau mendakwa perkara itu diputuskan Kabinet pimpinan Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI