fbpx

Masak kuih bakar guna arang sabut kelapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR HAYATI meletakkan kuih bakar yang dijualnya di dalam bekas kayu di Bazar Ramadan Teluk Mas, Melaka semalam.

MELAKA – Penggemar kuih tradisional boleh singgah di Bazar Ramadan Telok Mas di sini untuk merasai keenakan kuih bakar asli dimasak menggunakan arang sabut kelapa.

Penjualnya, Nor Hayati Jamil, 46, berkata, juadah itu disediakan ahli keluarganya menggunakan resipi turun temurun dan telah dijual di bazar itu sejak 20 tahun lalu.

Katanya, kaedah membakar secara tradisional itu bukan sahaja menaikkan aroma bancuhan daun pandan yang digunakan, tetapi turut menjadikan permukaan kuih lebih garing.

“Kuih ini disediakan di rumah keluarga kami di Bukit Beruang dan dimasak menggunakan arang sabut kelapa yang diletakkan di bahagian atas dan bawah acuan.

“Aroma kuih ini memang le­bih wangi berban­ding cara moden menggunakan ketuhar, bahagian luar­nya mempunyai ­tekstur garing dan bahagian dalamnya sangat lembut,” katanya di sini semalam

Ujarnya, setiap hari kira-kira 90 biji kuih bakar original dan kuih bakar berlauk dijual di bazar tersebut pada harga RM8 sekeping.

“Dari jauh pelanggan sudah dapat bezakan kuih bakar ini kerana ia dijual di atas papan kayu tradisional, bukan di dalam bekas biasa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI