fbpx

Lelaki kahwin 6 mahu guna khidmat ibu tumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arthur sebelum ini mempunyai sembilan isteri namun, dia menceraikan tiga daripada mereka pada tahun lalu. - Arthur O Urso

SAO PAOLO, BRAZIL – Seorang lelaki di Brazil  yang menarik perhatian ramai kerana memiliki enam  isteri mendedahkan rancangannya untuk memiliki anak dengan setiap seorang daripada pasangannya  menerusi kaedah ibu tumpang, lapor portal berita MailOnline semalam.

Arthur O Urso, 37, sebelum ini mempunyai sembilan isteri,  namun dia menceraikan tiga daripada mereka tahun lalu.

Menurut lelaki tersebut, dia mahu menambah lagi bilangan ahli keluarganya  dengan cara mendapatkan anak. Dia mahu menggunakan kaedah ibu tumpang supaya tiada seorang pun isterinya yang berkecil hati.

“Saya tidak mahu mengecewakan isteri-isteri saya dengan memilih salah seorang daripada mereka untuk hamil terlebih dahulu. Jadi, kami membuat keputusan untuk menggunakan khidmat ibu tumpang,” katanya.

Arthur yang kini mempunyai seorang anak perempuan berusia 10 tahun hasil daripada hubungan terdahulu turut mengakui bahawa dia tidak pernah merasai  pengalaman seperti sekarang.

“Kami cemas, namun pada masa yang sama teruja untuk menjadikan impian memiliki anak ini satu kenyataan,” katanya.

Tambah Arthur, buat masa ini, dia sedang mencari wanita yang sanggup menjadi ibu tumpang serta mahukan seseorang yang boleh memberi keyakinan kepada mereka sekeluarga.

Dia juga sanggup berbelanja sehingga AS$40,798 (RM180,557) dalam proses tersebut, namun mengakui turut terbuka kepada idea untuk mengambil anak angkat pada masa hadapan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI