fbpx

Kriket Malaysia harap dapat tempat latihan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KINRARA Oval tidak lagi menjadi gelanggang kriket selepas padang tersebut diambil untuk tujuan pembangunan.

PERSATUAN Kriket Malaysia (MCA) meletakkan harapan tinggi terhadap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar dapat membantu mereka memiliki padang sendiri agar tidak dihalau sekali lagi.

Pada Jun tahun lalu, persatuan itu mengalami episod menyedihkan apabila tidak lagi mendapat kebenaran menjalani latihan di Kinrara Oval, Puchong selepas 18 tahun membangunkan kawasan tersebut.

Sepanjang tempoh itu, Kinrara Oval telah pun menjadi tuan rumah untuk pelbagai kejohanan kriket antarabangsa antaranya Kejohanan Piala Dunia Bawah 19 dan acara kriket untuk Sukan SEA 2017.

MCA bernasib baik dapat kerana mendapat kebenaran memindahkan operasi di Bayuemas Oval, Klang sejak Ogos tahun lalu, namun perjanjian bersama pihak Sime Darby adalah dalam tempoh jangka masa pendek.

“Memang kami sedih kerana 18 tahun kami berada di sana, harapan saya dengan komuniti kriket Malaysia adalah kami mampu untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini, sama ada kami boleh tinggal di sini (Bayuemas Oval) selama-lamanya, saya tak tahu, kami berharap KBS akan sentiasa menyokong kami.

“Saya tak boleh dedahkan berkenaan perjanjian kami dengan pemaju, tetapi tempohnya amat singkat, jadi sayanglah kalau kami sudah belanjakan duit untuk membangunkan padang ini, dan kemudian selepas beberapa tahun mereka mahu mengambil semula padang ini, jadi kita doakan yang terbaik agar akan ada pihak untuk membantu kami.

“Kami amat yakin jika kami kami diberikan tanggungjawab tersebut, kami akan menjadikan padang ini menjadi gelanggang bertaraf dunia pada masa akan datang,” jelas presiden MCA, Mohammed Iqbal Ali yang ditemui pemberita ketika Majlis Berbuka Puasa MCA di Bayuemas Oval, Klang kelmarin.

Sementara itu, Menter Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan pihaknya sedang mengatur pertemuan dengan pihak Sime Darby bagi membantu kemelut yang dihadapi persatuan ini.

“Saya kena bincang dengan pelbagai pihak, sebagai langkah pertama, saya ucapkan terima kasih kepada Sime Darby, saya nak berjumpa dengan Sime Darby untuk kita tengok bagaimana lagi kita boleh membantu mereka (MCA),” jelas Hannah yang turut menghadiri majlis tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI