fbpx

Cubaan seleweng diesel bersubsidi gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah lori tiga tan yang diubah suai untuk mengisi minyak diesel bersubsidi ditahan bersama seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Semerah, Batu Pahat malam tadi.

BATU PAHAT – Cubaan seorang lelaki untuk mengeleweng minyak diesel bersubsidi gagal selepas berjaya ditumpaskan Pasukan Polis Marin Wilayah 2, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejayaan itu dilakarkan berikutan penahanan seorang lelaki berusia 44 tahun sedang mengisi minyak ke dalam sebuah lori tiga tan di sebuah stesen minyak di Pekan Semerah dekat sini kira-kira pukul 10.50 malam.

Katanya, hasil pemeriksaan terdapat enam buah tangki berada di bahagian belakang lori dengan tiap satunya sudah diisi dengan minyak diesel sebanyak kira-kira 700 liter.

“Pemeriksaan terhadap lelaki berkenaan juga tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran memiliki, menyimpan, membawa beserta tanpa lesen dan kebenaran khas dari pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Lelaki berkenaan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, lori bersama rampasan dibawa ke Markas Pasukan Marin Wilayah 2, Muar,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Ismail lagi, tangkapan serta barang-barang rampasan kemudiannya diserahkan kepada pihak KPDN hari ini untuk tindakan selanjutnya.

Ujarnya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah kira-kira RM78,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI