fbpx

Bunuh pekerja ladang, dua lelaki tempatan dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUCHING – Polis menahan dua lelaki, yang dipercayai suspek kes pembunuhan seorang pekerja ladang kelapa sawit di Lundu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata kedua-dua suspek merupakan warga tempatan yang berusia 24 dan 25 tahun itu ditangkap di hadapan bangunan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Biawak, Lundu semalam.

“Pasukan polis telah berjaya menangkap dua orang suspek untuk siasatan dalam kes ini. Pasukan polis turut merampas senjata yang dipercayai digunakan untuk menyerang mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau berkata siasatan terperinci akan dijalankan dari pelbagai sudut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Hasil siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan,” katanya.

Terdahulu, Mohd Azman mengesahkan satu kes bunuh telah berlaku di hadapan ladang Polima Sdn Bhd, Lundu pada 10 Mac lalu, kira-kira pukul 9.20 malam.

Katanya, suspek dipercayai telah menyerang mangsa, yang merupakan pekerja ladang berusia 25 tahun di bahagian kepada dan muka sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI