fbpx

The Starvilion tawar beli dulu bayar kemudian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara koleksi Starvilion Laskar Raya 2023 yang sesuai digayakan seisi keluarga sempena Aidilfitri tahun ini.

KUALA LUMPUR – The Starvi­lion, jenama fesyen yang telah berada dalam industri selama enam tahun membuat penampilan semula kepada umum bersempena musim perayaan tahun ini.

Bertemakan Starvilion Laskar Raya 2023, syarikat telah menggariskan empat pendekatan utama untuk mengukuhkan jenamanya, sekali gus mengeratkan lagi hubungan bersama pe­langgan.

Menurut kenyataan, antara inisiatifnya kali ini adalah menyediakan 10,000 pasang baju raya kepada kumpulan memerlukan, selain turut menyediakan kotak kitar semula di premis supaya pelanggan boleh menderma pelbagai barangan berkaitan hari raya yang tidak lagi digunakan seperti tudung, kasut, songkok, langsir dan alas meja untuk diagih­kan.

“Ini adalah hasil usaha kami untuk memastikan semua orang dapat menyambut hari raya tanpa mengira latar belakang dan taraf hidup.

“Lokasi kotak berada di setiap cawangan Starvilion di Shah Alam, Bangi, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Pulau Pinang,” katanya sempena majlis pelancaran inisiatif baharu itu di Ampang, baru-baru ini.

Selain itu, syarikat juga menawarkan konsep pembelian beli dahulu bayar kemudian melalui platform Buy Now Pay Later yang membolehkan pelanggan membayar secara ansuran sebanyak empat kali untuk barangan ke­perluan raya Starvilion.

“Program ini disediakan buat pelanggan melalui GrabPay dan ia dilihat dapat membantu me­ngurangkan beban orang ramai untuk membuat persediaan hari raya,” jelasnya.

Koleksi Starvilion Laskar Raya 2023 hadir dengan tiga rekaan Baju Melayu iaitu potongan slim-fit, relaxed-fit dan teluk belanga dengan lebih 80 pilihan warna, manakala koleksi wanita didatang­kan dengan 16 rekaan utama dan lebih 120 rona warna serta corak.

Kedua-dua koleksi lelaki dan wanita turut dilengkapi dengan saiz kanak-kanak.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI