fbpx

Saintis temui kaedah berkesan halau gajah tanpa kekerasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gajah yang mendengar bunyi berdengung dari sarang lebah akan melarikan diri. - ELRECO

MONROVIA, Liberia – Sekumpulan saintis telah menemui cara untuk mengelakkan gajah daripada merosakkan tanaman di ladang iaitu dengan mengeluarkan bunyi dengung, lapor laman berita Wion News semalam.

Kaedah itu bukan sahaja mampu mengelak manusia daripada memukul dan menjerit ke arah gajah, malah menghindari kematian akibat diserang haiwan tersebut.

Awal bulan ini, kumpulan penyelidik dan pemuliharaan gajah yang berpangkalan di Liberia, ELRECO menjalankan kajian terhadap seekor gajah jantan yang memasuki tanah ladang dari hutan terpencil negara itu.

Menerusi rakaman kejadian, gajah yang sedang memakan tanaman kelihatan berang dan terkaku apabila mendengar bunyi berdengung yang dipasang sebelum melarikan diri.

Bunyi berdengung yang dirakam dari sarang lebah itu dipanggil ‘Buzz Box’.

“Kami benar-benar teruja apabila melihat rakaman itu. Peluang untuk mendapatkan adegan seperti ini mungkin satu dalam sejuta,” kata Pengarah teknikal ELRECO, Dr. Tina Vogt dalam satu kenyataan.

Organisasi bukan berasaskan keuntungan dari Jerman itu kini menguji peranti tersebut di Liberia. Projek itu juga mendapat kerjasama organisasi Save the Elephant yang membantu mereka menggunakan BuzzBox. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI