fbpx

KKM panggil balik ubat batuk mengandungi pholcodine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan arahan panggil balik kepada semua produk berdaftar yang mengandungi pholcodine.

Menerusi satu kenyataan, KKM memaklumkan bahawa pengambilan pholcodine boleh menyebabkan risiko berlakunya anaphylaxis (reaksi alahan yang serius) dengan penggunaan ubat pengendur otot atau neuromuscular blocking agents (NMBAs).

“Pholcodine adalah sejenis ubat bagi mengawal dan menghentikan batuk jenis kering dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak.

“Orang awam diminta untuk mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan daripada berlakunya risiko tersebut,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI