fbpx

Agihan pendapatan berdasarkan merit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN di Liga M akan menerima agihan pendapatan berasaskan merit berdasarkan kedudukan mereka pada akhir saingan musim ini.

PASUKAN Liga Malaysia (Liga M) mendapat suntikan dana lebih besar tahun ini selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan peningkatan agihan pendapatan hampir seratus peratus bagi kempen 2023.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MFL, badan pengelola Liga M itu akan memperkenalkan agihan pendapatan berasaskan merit mengikut kedudukan teratas sehingga di tempat ke-14 Liga Super.

“Bagi musim 2023, MFL menyediakan mekanisme agihan yang akan menyaksikan semua pasukan mengetahui dengan jelas peningkatan pulangan mereka berdasarkan kedudukan di tangga liga.

“MFL percaya pengagihan mengikut merit ini adalah langkah yang jelas bagi mendorong setiap kelab untuk berusaha mencapai prestasi terbaik sehingga akhir musim kerana setiap kedudukan di dalam liga mempunyai nilai ganjaran.

“Sistem pengagihan kepada 14 kelab Liga Super 2023 ini bakal menyaksikan peningkatan sebanyak lebih 96.55 peratus iaitu RM15.675 juta berbanding RM7.975 juta yang diagihkan kepada 14 kelab yang sama pada musim 2022.

“Agihan musim ini akan membolehkan enam kelab terbaik dalam liga memiliki peluang untuk membawa pulang lebih RM1 juta, manakala pasukan yang menduduki kedudukan paling rendah juga mampu membawa pulang sekurang-kurangnya RM600,000,” kata kenyataan MFL semalam.

Presiden MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, peningkatan agihan pendapatan kepada semua kelab Liga Super adalah satu petanda positif terhadap perkembangan Liga M musim 2023.

“MFL melihat sistem agihan ini akan menggalakkan semua kelab bersaing hebat bagi mendapatkan kedudukan terbaik sekali gus menerima le­bih ba­nyak pendapatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI