fbpx

Doktor ATM kongsi pengalaman bantu mangsa gempa bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zuraini (kiri) bersama pegawai bertugas di HMM selamat pulang ke tanah air selepas enam minggu menjalankan misi operasi Starlight II di Cerakhin, Turkiye. FOTO KAMARIAH KHALIDI

SEPANG – Seorang doktor Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersyukur dapat melunaskan tanggungjawab bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye walaupun ditugaskan untuk misi Operasi Starlight II pada saat akhir.

Pakar Pediatrik, Leftenan Kolonel Dr. Zuraini Sulaiman menganggap khidmatnya di Hospital Medan Malaysia (HMM) memberi cabaran dan pengalaman tersendiri berbanding misi-misi pernah disertai sebelum ini.

“Sebelum kita sertai misi terancang, ada yang sudah tahu enam bulan sebelum berlepas, tapi kali ini kami dimaklumkan kira-kira 48 jam untuk bersiap sedia jadi keadaan agak kelam kabut.

“Bagaimanapun, kami berjaya melunaskan tanggungjawab besar untuk meringankan penderitaan rakyat terkesan akibat gempa, sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesusahan mereka terutama yang sukar mendapat akses ke hospital,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan kepulangan kumpulan misi operasi Starlight II di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1, hari ini.

Bercerita lanjut, Zuraini yang bertugas di Kem Terendak, Melaka berkata, selain masalah bahasa, antara cabaran lain dihadapi termasuklah cuaca sejuk ekstrim serta akses jalan terhad untuk sampai ke kawasan perkampungan.

“Namun, kita dapat kerjasama yang baik daripada penduduk setempat kerana ada antara mereka yang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. Ada yang sukarela datang ke HMM untuk jadi penterjemah, tapi masuk minggu kedua dan seterusnya kami sudah boleh faham sedikit sebanyak pertuturan mereka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI