fbpx

Selena Gomez, Hailey Baldwin berdamai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELENA GOMEZ dan Hailey Baldwin.

DUNIA hiburan Hollywood digemparkan apabila dua selebriti terkenal yang juga musuh tradisi, Selena Gomez dan Hailey Baldwin dikhabarkan telah berdamai.

Menambahkan keyakinan, dua wanita cantik itu dilihat saling mengikuti antara satu sama lain dalam Instagram, baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, Baldwin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Gomez kerana selalu membelanya jika diserang oleh peminat pelakon dan penyanyi itu.

“Saya ingin berterima kasih kepada Gomez kerana selalu bersuara jika aku dibuli peminatnya. Ternyata dia merupakan seorang wanita yang baik,” ujar Baldwin.

Hubungan kedua-dua wanita itu sebelum ini sempat memanas selepas Baldwin telah berkahwin dengan penyanyi terkenal, Justin Bieber yang juga mantan kekasih Selena Gomez.

Keadaan menjadi semakin panas apabila peminat Gomez mendakwa Baldwin sering membuli pelantun lagu Lose You To Love Me itu bersama rakan-rakan artis yang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI