fbpx

Peneraju ICT jadi keutamaan SNS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Misi menjadikan bidang teknologi digital sebagai pemangkin untuk membantu pengguna, peniaga, syarikat dan institusi kerajaan membuatkan SNS Network bekerja keras sepanjang masa.

PETALING JAYA – Selaku pemain utama industri Teknologi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), SNS Network (M) Sdn. Bhd. (SNS) berusaha untuk memenuhi keperluan mendadak kecanggihan teknologi kepada pengguna, peniaga kecil, syarikat gergasi dan institusi kerajaan.

Bertapak sejak 1998, SNS telah menjadi sebagai organisasi berasaskan kepada penyelesaian digital, namun mengambil masa untuk memahami keperluan perniagaan setiap pelanggan.

Menjadikan Ipoh, Perak sebagai lokasi ibu pejabat, SNS telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 300 tenaga kerja profesional terlatih berkaitan Teknologi ICT di seluruh Malaysia. SNS juga mempunyai rangkaian di sini dan Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Kakitangan SNS Network memberi penerangan mengenai aplikasi kelas pintar kepada ibu bapa di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengarah Jualan dan Pasaran SNS, Kelvin Pah berkata, visi syarikat ialah untuk menjadikan kehidupan masyarakat lebih mudah melalui teknologi daripada sekecil-kecil perkara hingga kepada sistem pengurusan yang kompleks.

Sehubungan itu, katanya, syarikat mempunyai misi yang selari iaitu menjadi penyedia teknologi komunikasi dan informasi (ICT) yang penting untuk pengguna dan perniagaan.

“Selain itu, misi SNS ialah menjadi salah satu peneraju penyedia ICT bersepadu di Malaysia dan rantau ini. Bagi memenuhi misi ini, kami menyediakan keupayaan terbaik dalam penglibatan dengan ekosistem dan inovatif bertaraf dunia.

“Tujuannya ialah untuk mentransformasikan perkhidmatan ICT kepada organisasi, perniagaan milikan tunggal dan pengguna di Malaysia,” katanya.

Menurut Kelvin, kerja keras yang dilakukan pasukannya telah diterjemahkan kepada beberapa anugerah berprestij antaranya memenangi tempat ketiga dalam Anugerah Pengendali Teratas E-Commerce Malaysia pada Disember 2021.

Selain itu, tambahnya, SNS juga dinobatkan dengan anugerah yang sama pada November 2020, jenama ICT paling cemerlang pada (2019), SME Young Entrepreneurs Award (2008), SME ICT Adoption Award (2009) dan The BrandLaureate Awards (2010).

“Kami berbangga dengan pencapaian syarikat selepas melalui pelbagai cabaran dan rintangan sepanjang menceburkan diri dalam ICT,” katanya.

Ujar Kelvin, pihaknya berharap akan terus berbakti dalam memberikan perkhidmatan terbaik berkaitan ICT kepada pelanggan.

SNS Network komited untuk melahirkan tenaga kerja terlatih bagi memperkasakan teknologi berkaitan TVET di negara ini.

“Adalah menjadi harapan kami untuk terus berada dalam industri ini dan menjadi salah satu daripada jaguh Pendigitalan TVET ketika industri teknologi mengalami perubahan drastik menerusi kolaborasi strategik bersama National Digital TVET Innovation Centre (NDTIC).

“Kami mengambil masa lebih sedekad untuk membina jenama SNS di Malaysia di mana ketika ini telah sinonim dengan komitmen kami untuk membantu pelanggan kami mencipta inovasi,” katanya.

Menurut Kelvin, pihaknya sentiasa komited memberikan lebih kepada para pelanggan, pembekal, pekerja dan pemegang saham bagi kekal fokus kepada kualiti dan persaingan kos.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI