fbpx

Dewan Rakyat: Pasukan khas dibentuk bagi laksana subsidi bersasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Kewangan memaklumkan satu pasukan telah diwujudkan bagi meneliti keperluan dan kebolehlaksanaan pemberian subsidi secara bersasar bagi mengurangkan ketirisan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pasukan tersebut akan mengumpul data termasuk dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jelasnya, melalui data berkenaan ia dapat membantu Kerajaan menetapkan kriteria yang bersesuaian bagi golongan yang layak menerima subsidi bersasar.

“Penetapan kriteria kelayakan masih belum diputuskan namun usaha membangunkan pusat data yang komprehensif sedang dibuat bagi membantu Kerajaan menetapkan kriteria yang bersesuaian berdasarkan data yang diperolehi.

“Pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar ini akan dibuat secara berperingkat tertakluk kepada ketersediaan serta mengekalkan fokus Kerajaan dalam memastikan kos sara hidup rakyat terutamanya golongan B40 tidak terjejas,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Mohd. Radzi Md Jidin (PN-Putrajaya) yang mahu kerajaan menyatakan bilakah subsidi bersasar akan
dilaksanakan seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 27 November 2022.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI