fbpx

Penjawat awam merokok semasa bekerja diarah pulang gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu pejabat kerajaan wilayah Osaka. - Mainichi/Yumi Shibamura

TOKYO –  Seorang kakitangan awam di wilayah Osaka, Jepun didapati merokok sebanyak 4,512 kali sepanjang bekerja selama 14 tahun setengah, lapor akhbar The Maniachi semalam.

Pekerja lelaki itu menghadapi pemotongan gaji 10 peratus selama enam bulan dan diarah memulangkan 1.44 juta yen (RM48,767) daripada gajinya kerana kesalahan tersebut. 

Kerajaan wilayah Osaka pada 20 Mac lalu mengumumkan bahawa tiga pekerja lelaki daripada jabatan kewangan telah dikenakan tindakan pemotongan gaji sebanyak 10 peratus kerana merokok berulang kali pada waktu bekerja.

Seorang daripada mereka merupakan pekerja berusia 61 tahun yang disahkan melanggar peraturan selama 14 tahun setengah dengan merokok selama 355 jam dan 19 minit.

Menurut jabatan sumber manusia kerajaan wilayah Osaka, maklumat mengenai kes itu diterima pada September 2022 dan penyelia telah menyiasat tiga pekerja lelaki.

Penyelia itu mendapati tiga pekerja tersebut merokok berulang kali dan kemudian berbohong bahawa mereka tidak merokok sejak diberi amaran pada Disember 2022.

Pekerja berusia 61 tahun itu juga diarah memulangkan gaji 1.44 juta yen (RM48,767) kerana melanggar peraturan pengabdian penjawat awam di bawah Akta Perkhidmatan Awam Tempatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI