fbpx

Isteri larang, Aaron janji tak akan jumpa Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEMI menuruti pesanan isteri, Aaron mahu berhenti daripada terus memanjangkan hasrta menemui Syamsul berhubung isu pengguguran namanya daripada filem The Original Gangster.

PETALING JAYA – Pelakon Aaron Aziz tidak akan bersemuka dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof selepas dilarang isterinya, Diyana Halik daripada berbuat demikian.

Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz berkongsi untaian tangkap layar perbualan dengan isterinya itu dalam WhatsApp menerusi hantaran status Instagram.

“Saya tak nak awak jumpa Syamsul tak kira apa pun. Kalau ditanya, cakap sahaja saya larang.

“Saya tak nak lagi sebarang kenyataan berhubung perkara terbabit. Saya sangat-sangat risau.

“Saya nak awak janji barulah saya akan berasa okey. Untuk saya dan untuk kesihatan mental,” demikian antara pesanan isteri Aaron kepadanya.

Aaron berjanji tidak akan bertemu empat mata dengan Syamsul dan katanya, rezeki bukannya terletak di tangan manusia.

“Saya tak nak komen apa lagi. Bila anak bongsu saya naik bilik nangis dan bila isteri saya nangis, itu dah maksimum dah.

“Orang yang selalu bagi nasihat adalah isteri saya. Kalau isteri saya ‘no’, itu masih boleh bincang. Kalau isteri cakap ‘forbid’ (larang), itu dah ‘level’ lain.

“Saya kerja keras demi keluarga dan kesihatan mental mereka lebih penting. Rezeki bukan di tangan manusia. Saya tumpang rezeki anak-anak dan isteri. Jadi, mereka adalah keutamaan saya,” coretnya.

Terdahulu, selepas Aaaron, 47, mendesak untuk bertemu dengan Syamsul, pengarah itu pula mengeluarkan kenyataan bersedia bertemu dengannya pada bila-bila masa.

Aaron turut bertindak mencium al-Quran sebagai saksi kejujuran pendedahannya berhubung usaha yang dilakukan demi karakter dalam filem The Original Gangster. Dia juga sanggup menyuntik steroid bagi mendapatkan fizikal seperti yang dimahukan Syamsul menjayakan naskhah berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI