fbpx

Paip pecah di Klang, 55 kawasan alami gangguan bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Sebanyak 55 kawasan di daerah ini dan Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan pelaksanaan kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan gangguan di semua kawasan itu bermula pukul 10 malam ini dan kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pukul 6 pagi esok.

“Bekalan air akan disalurkan secara berperingkat selepas kerja itu siap dan menstabilkan sistem bekalan,” katanya.

Kawasan terjejas antaranya Taman Sentosa, Kota Pendamar, Taman Sri Andalas, Pelabuhan Utara, Pulau Ketam, Sementa dan Seksyen 32.

Turut terjejas Bandar Botanik, Bandar Bukit Tinggi 1, Bandar Parkland, Kampung Pulau Indah, Bandar Sultan Suleiman dan Kampung Teluk Gong

Jelas Air Selangor, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai gangguan itu menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor atau menghubungi talian 15300.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI