fbpx

Semakin matang, Nayeon kekal remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAYEON

BARU-BARU ini kumpulan Twice dirakam lensa kamera ketika mereka tiba di sebuah stesen televisyen untuk menjayakan sesi rakaman lagu terbaharu mereka, Set Me Free.

Dalam banyak momen yang dibidik media, penampilan Nayeon yang luar biasa menjadi perhatian.

Rambut panjang Nayeon berwarna hitam dan beralun menyerlahkan lagi visualnya yang cantik serta muda.

Situasi tersebut mengingatkan peminat dengan momen ketika zaman debut penyanyi itu bersama Twice untuk lagu Like Ooh-Ahh sekitar 2015.

Meskipun kecantikan Nayeon semakin matang sejak awal debutnya, visualnya yang kekal muda dan segar mengagumkan ramai peminat.

“Nayeon, sila buat hantaran foto atau video selalu dalam Instagram,” pinta peminat.

“Semakin lama, saya nampak Nayeon kelihatan lebih muda dengan rambutnya yang berwarna hitam,” puji pengikut lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI