fbpx

EPL: Masa depan Antonio Conte dalam bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTE memiliki baki kontrak sehingga penghujung musim, namun perkembangan terbaharu mungkin menyebabkan beliau bakal dipecat. – AFP

LONDON – Beberapa pemain skuad Tottenham Hotspur dilaporkan menyatakan pendiriannya mereka menggesa pengerusi kelab, Daniel Levy memecat pe­ngurus, Antonio Conte dalam kadar segera.

Conte melemparkan kritikan keras terhadap para pemainnya sendiri selepas terikat 3-3 menentang Southampton biarpun berjaya mendahului perlawanan dengan 3-1 sebelum itu.

Bercakap dalam sidang media, Conte menuduh pemain dan pihak pengurusan kelab tidak mempunyai keinginan untuk memburu kejuaraan.

“Mereka (pemain layak) untuk berada pada tahap ini. Mereka tidak bermain untuk sesuatu yang penting, enggan berada dalam tekanan dan tidak mahu rasa terbeban. Inilah kisah Tottenham yang sebenarnya.

“Saya mahukan semangat yang membara, tetapi saya tidak dapat melihatnya. Saya cuba menyembunyikan kebenaran ini, tetapi ketika ini kami hanya berbaki 10 perlawanan. Orang menyangka kami akan berjuang, tetapi berjuang untuk apa?

“Dengan semangat dan sikap seperti ini, mungkin kami hanya mampu berjuang untuk tempat ketujuh, kelapan atau ke-10,” jelasnya.

Perkembangan itu menyaksikan kontrak Conte yang bakal berakhir hujung musim ini tidak akan disambung, malah sekumpulan pemain berkenaan mendesak Levy untuk memecat pengurus berkenaan dengan segera.

Conte meninggalkan pasukan dan kembali ke Itali selepas perlawanan berkenaan dan sumber dalaman kelab itu percaya bahawa bekas jurulatih Inter Milan itu tidak akan bertugas menguruskan pasukan ketika mereka bakal berdepan Everton di Goodison Park pada 3 April nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI