fbpx

Arab Saudi mula berpuasa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang peniaga mengatur barang julana di sebuah gerai di pasar awam Sweidi, selatan Riyadh sebagai persiapan menjelang bulan suci Ramadan semalam. - AFP

RIYADH – Umat Islam di Arab Saudi akan mula berpuasa esok, 23 Mac yang menandakan permulaan bulan Ramadan tahun 1444 Hijrah, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Bulan puasa akan bermula esok selepas genap 30 hari bulan Syaaban, demikian menurut Mahkamah Diraja dalam satu kenyataan yang memetik keputusan Mahkamah Agung Arab Saudi.

Jabatan Bulan Sabit di Mahkamah Agung yang mengadakan sidang akhbar petang semalam memberitahu bahawa anak bulan Ramadan belum dilihat, maka, hari ini (Rabu) akan menjadi hari ke-30 bulan Syaaban manakala Khamis akan menjadi hari pertama bulan Ramadan.

Ramadan tahun ini dijangka menyaksikan aliran besar kemasukan jemaah yang menandakan kemuncak musim umrah.

Pihak berkuasa Arab Saudi sebelum ini mengumumkan bahawa kira-kira tiga juta jemaah dijangka tiba di negara itu untuk menunaikan umrah dan melawat Masjid Nabawi pada bulan Ramadan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI