fbpx

FAMA Melaka agih 2.4 juta telur bagi Ramadan, Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAIRUDIN (dua dari kiri) memberi maklumat asas gred telur kepada orang awam pada Majlis Perasmian Jualan Pra Ramadhan Melaka Madani 2023 di Tapak Pasar Tani Bukit Katil, Melaka. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

MELAKA – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka akan mengagihkan kira-kira 2.4 juta biji telur ke seluruh semenanjung Malaysia bagi menampung keperluan pada Ramadan dan Aidilfitri ini.

Pengarah FAMA negeri, Hairudin Yunos berkata, jangkaan jumlah keperluan akan meningkat sebanyak 10 peratus pada bulan tersebut dan sebanyak 20,000 papan telur (600,000 biji telur) dibekalkan ke luar Melaka pada setiap minggu.

Jelasnya, pengagihan itu akan dibuat oleh pasukan khas dikenali Egg Action Team@Melaka (EAT@MELAKA) menerusi 14 Pusat Operasi FAMA di seluruh semenanjung.

“Menjelang Ramadan kita sudah sedia untuk tampung keperluan terutama bagi pasaran Pantai Timur dan Pantai Barat, minggu ini pun kita jangkakan hampir 20,000 papan (600,000 biji telur) akan dipasarkan ke luar Melaka.

“Langkah intervensi akan dijalankan sehingga Jun ini bagi menjamin bekalan telur mencukupi dan kestabilannya dalam pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Program Jualan Pra-Ramadan Melaka Madani 2023 yang disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di Bukit Katil di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, Melaka juga merupakan antara pengeluar telur terbesar dalam negara menerusi ladang-ladang satelit dan besar termasuk sebuah ladang utama di Jasin.

“Melaka mempunyai banyak ladang satelit dan ladang besar, difahamkan sebuah ladang di Jasin turut mengeluarkan hampir enam juta biji telur pada setiap minggu bagi pasaran mereka.

“FAMA cuma ambil sebahagian sahaja bekalan tersebut untuk dibekalkan ke pusat-pusat operasi lain seluruh Malaysia, sebab itu juga kita tiada keperluan untuk ambil telur import,” katanya.

Ujarnya, untuk rekod sejak Disember lalu FAMA Melaka telah membekalkan sebanyak 32 papan (9.6 juta biji telur), manakala di peringkat nasional hampir 18 juta biji telur telah bekalkan kepada semua rangkaian peruncitan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI