fbpx

Watie tayang imej berjanggut, sindir netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPILAN Watie dengan imej berjambang dan kapyen mengundang sebenarnya sejenis sindiran kepada netizen.

SEJAK kebelakangan ini, nama Watie yang juga kekasih hati Shuib kerap juga muncul dalam media sosial. Bukan sahaja tentang cerita hubungan cinta tetapi termasuk penampilannya.

Memang tidak henti-hentilah dikritik netizen sejak Shuib mengesahkan mereka sedang mengenal hati budi. Kadang-kadang kasihan juga Diva lihat tetapi itulah risiko perlu diambil apabila bercinta dengan golongan selebriti.

Kapsyen fotonya ‘berjanggut’ baru-baru ini juga mengundang teka-teki ramai yang seolah-olah dia berharap agar berhenti mengecamnya.

“Menanti orang untuk berhenti komen dan menghentam sama, seperti #sampaiberjanggutdah,” katanya.

Iyalah, siapa yang tidak penat apabila semua perkara diungkit netizen. Rasa-rasanya betul apa yang netizen cakap, mungkin Watie dan Shuib perlu kahwin secepat mungkin supaya dapat tutup mulut orang.

Sabar sajalah Watie, nak jadi isteri artis banyak dugaannya.

DIVA: Dengarnya Shuib dan Watie akan kahwin pada pertengahan tahun ini, tarikh sudah semakin dekat nampaknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN