fbpx

Buruh dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Lebir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa di kawasan tepi Sungai Lebir di Manek Urai, Kuala Krai petang tadi. - IHSAN BOMBA

KUALA KRAI – Kegembiraan empat sahabat memancing di Sungai Lebir, Manek Urai di sini berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas semasa mandi di sungai itu petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Mohd. Zulkifli Salleh, 31, yang bekerja sebagai buruh lemas di kawasan sungai itu selepas dilihat terkapai-kapai sebelum tenggelam ke dalam sungai tersebut.

Rakan mangsa, Mohd. Rizuam Junidi, 37, dia dan mangsa terjun ke sungai untuk mandi manakala dua lagi rakan yang berusia dalam lingkungan 30-an berada di darat.

“Salah seorang daripada mereka sempat menghulur sebatang kayu dan saya sempat berpegang padanya lalu ditarik oleh mereka.

“Ketika itu, saya lihat Mohd. Zulkifli terkapai-kapai sebelum tenggelam dibawa arus sungai,” katanya.

Mohd. Rizuam memberitahu, dia bersama mangsa serta dua rakan datang ke sungai berkenaan untuk memancing sejak pukul 11 pagi lagi dan disebabkan cuaca terlalu panas, kedua-duanya membuat keputusan untuk mandi di dalam sungai itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad ketika ditemui mengesahkan pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian lemas di sungai berkenaan.

Sementara itu, Komander operasi Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Krai, Che Razak Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 3.14 petang sebelum sembilan anggota bergegas ke sungai tersebut.

“SAR sudah dihentikan petang tadi dan akan disambung semula pagi esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI