fbpx

Tiada kerosakan sistem tol di Plaza Tol Bentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan - Plaza Tol Bentong.

BENTONG – Tiada kerosakan berlaku melibatkan sistem bayaran di Plaza Tol Bentong yang dikatakan menjadi punca kepada kesesakan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di sini hari ini.

Menurut sumber syarikat konsesi KLK, Anih Berhad, semua sistem tol berada dalam keadaan  baik dan kesesakan berlaku selepas sebuah lori rosak di arah timur sebelum Plaza Tol Bentong.

“Sebelum itu (berlaku kesesakan) lorong tol nombor lima arah timur ditutup semasa trafik lancar dan kemudian dibuka apabila berlaku peningkatan trafik secara mendadak.

“Sistem plaza tol semua berada dalam keadaan baik dan kesesakan bukan disebabkan masalah sistem tol,” katanya.

Terdahulu. seorang pengguna yang mahu dikenali sebagai Faris, 32, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.50 tengah hari tadi menyebabkan trafik langsung tidak bergerak hampir satu jam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI