fbpx

Ramai cemburu pasangan ijab kabul depan Kaabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan itu menyempurnakan sesi ijab kabul di hadapan Kaabah. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sesi ijab kabul sepasang suami isteri yang disempurnakan di hadapan Kaabah, lapor laman berita Liputan 6 semalam.

Video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @alfiyudin itu dirakam di Tanah Suci Mekah ketika pasangan itu menjalani ibadah umrah. 

Pasangan itu dilihat duduk di hadapan seorang kadi sambil bertemankan beberapa jemaah lain yang berpakaian serba putih ketika menyaksikan sesi ijab kabul mereka.

Pengantin perempuan bernama Pita gagal menahan emosi selepas perkahwinannya bersama suami, Alif disahkan oleh kadi. 

Mereka kemudian bertukar cincin selepas menandatangani dokumen perkahwinan. 

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Masya-Allah saya tumpang gembira,” komen seorang netizen. 

“Masya-Allah ini betul-betul impian terbesar saya,” komen netizen lain – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI