fbpx

Liga M3 dijenamakan Liga Kejuaraan MBSB Bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBSB

PETALING JAYA – Liga M3 akan dijenamakan sebagai Liga Kejuaraan MBSB Bank (MBSB Bank Championship) melalui Perjanjian Penajaan yang dimeterai bersama Amateur Football League (AFL).

Penjenamaan itu diumumkan dalam majlis tandatangan bersama MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) di Stadium Negeri, Kuching, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, pihaknya berbesar hati untuk bekerjasama dengan AFL kerana yakin sukan bola sepak begitu dekat di hati rakyat.

“Orang ramai berpeluang mengenali MBSB Bank dengan lebih dekat dan manfaatkan perkhidmatan kami untuk membantu menguruskan kewangan dengan lebih berhemah.

“Kami harap melalui penyertaan MBSB Bank, rakyat akan lebih maklum mengenai penawaran perbankan komprehensif.

“Sebagai contoh, Akaun Simpanan-i dan Semasa-i boleh dimanfaatkan pelanggan melalui kadar pulangan kewangan yang menarik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Nor Azam, pembiayaan Peribadi-i turut disediakan bagi membantu rakyat menangani keperluan kewangan manakala Pembiayaan Hartanah-i pula adalah untuk membantu orang ramai memiliki kediaman sendiri.

“Harap penglibatan MBSB Bank dapat menyemarakkan aksi di padang bola sepak dan merealisasikan pengurusan AFL untuk melihat liga ini muncul sebagai salah satu liga terunggul,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd. Yusoff Mahadi berkata, kerjasama tersebut membuktikan liga tempatan bertaraf semi profesional dan amatur mempunyai nilai komersial tersendiri.

“Kehadiran MBSB Bank melambangkan penerimaan komuniti perniagaan terhadap sukan bola sepak di peringkat amatur yang berteraskan komuniti setempat.

“Bagi pihak AFL, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan MBSB Bank terhadap AFL untuk menjalin kerjasama demi faedah bersama,” katanya.

MBSB Bank adalah selaku penaja utama dan rakan bank rasmi AFL juga menjadi penaja bersama untuk Liga M4 dan Liga M5 yang dikendalikan oleh AFL. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI