fbpx

Liga M3 musim 2023 tutup tirai rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain serta pegawai skuad Imigresen FC menjulang trofi Liga M3 di Petaling Jaya hari ini.

PETALING JAYA – Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Datuk Yusoff Mahadi mengakui berpuas hati dengan penganjuran Liga M3 yang telah menutup tirai rasmi apabila pasukan Imigresen FC bergelar juara musim ini.

Kata Yusoff, saingan Liga M3 yang turut dikenali sebagai kejohanan Liga MBSB Bank berjaya dianjurkan dengan lancar meskipun jurang perbezaan kualiti dengan saingan Liga Super masih ketara.

“Saya gembira apabila Liga M3 musim ini sudah berakhir dengan cemerlang apabila penentuan juara ditentukan pada hari terakhir perlawanan.

“Cuma, sudah pasti tiada apa yang sempurna kerana ada pasukan yang menarik diri (BRM Kuala Kangsar FC) pada pertengahan musim tetapi mungkin ada hikmah disebaliknya.

“Kita boleh lihat saingan musim ini kita tiada isu berbangkit mengenai tunggakan gaji dan jika pasukan terbabit kekal, tidak mustahil ia boleh mencemarkan imej liga.

“Selain itu, saya juga berharap jurang kualiti antara Liga M3 dan Liga Super musim depan tidak terlalu ketara kerana buat masa ini kita adalah saingan divisyen No. 2 bola sepak negara,” katanya.

Yusoff ditemui ketika menghadiri majlis penyampaian hadiah kepada skuad Imigresen FC di Ibu Pejabat MBSB Bank, Petaling Jaya hari ini.

Imigresen FC berjaya meraih kemenangan selepas mengutip 55 mata dengan perbezaan satu mata berbanding pencabar terdekat, KL Rovers sekali gus meraih tiket automatik ke Liga Super musim depan sekiranya diluluskan MFL. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI