fbpx

AFL komited perkasa ‘sistem’ liga domestik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIGA Bola Sepak Amatur (AFL) berharap penjenaman semua nama dan logo pertandingan pada kempen musim 2024 dapat dapat menarik lebih ramai penaja berpotensi selain meningkatkan lagi martabat bola sepak tanah air.

Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, kali terakhir penjenamaan logo dan nama kejohanan anjuran AFL dibuat adalah pada 2019 dan kini ia sudah memasuki tahun keenam.

“Perubahan perlu kepada titik permulaan dan kita sememangnya kini dalam usaha untuk meningkatkan nilai komersial kejohanan.

“AFL akan menjenamakan semula nama dan logo pertandingan dengan memperkenalkan Liga A1 Semi Pro sebagai nafas baharu kepada Liga M3, Liga A2 (dahulu dikenali sebagai Liga M4) dan Liga A3 Komuniti (dahulu dikenali sebagai Liga M5).

Mengulas mengenaik saingan Liga A1 Semi Pro yang bakal berlangsung pada Jun 2024 ini, Mohd. Yusoff mengesahkan 16 pasukan bakal berentap memburu gelaran kejuaraan.

“Secara rasmi 16 pasukan ini adalah Armed Forces FC, Harini Selangor FT, Imigresen FC, Malaysian University, Melaka FC, YPM FC, Manjung City FC, PIB Shah Alam FC.

“Turut menyahut cabaran adalah Bukit Tambun FC, Machan FC, Gombak FA, Bunga Raya FC, KL Rovers, UiTM United, Kelantan FC dan Putrajaya Athletic FC,” katanya pada majlis penjenamaan semula nama dan logo pertandingan di Petaling Jaya, petang tadi.

Juara Liga A1 Semi Pro pada musim ini berpotensi untuk dinaikkan pangkat ke kancah Liga Super tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI