fbpx

PBAPP, IWK kolaborasi kitar semula air di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) akan bekerjasama dengan Indah Water Konsortium (IWK) untuk mengkaji aspek daya maju projek kitar semula air kumbahan bagi kegunaan semula industri di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Ir.K Pathmanathan berkata, untuk tujuan itu satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara PBAPP dan IWK telah ditandatangani di ibu pejabat IWK di Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya, MoU itu memeterai kerjasama antara PBAPP dan IWK untuk meneroka daya maju projek kitar semula air kumbahan terawat dari tiga loji rawatan kumbahan (STP) IWK sedia ada di Pulau Pinang yang kini dilepaskan ke laut.

”PBAPP membincangkan kemungkinan mengitar semula air untuk kegunaan semula industri dengan IWK pada April 2022 dan sejak itu, kami telah mengenal pasti tiga STP yang terletak di Bayan Baru, George Town dan Mak Mandin untuk kajian mendalam.

”Gabungan pelepasan air kumbahan terawat daripada tiga STP ini dianggarkan sebanyak 260 juta liter sehari (JLH),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, sebagai perbandingan, output air terawat daripada sebuah modul rawatan air konvensional moden di Loji Rawatan Air Sungai Dua ialah 114 JLH.

”Oleh itu, potensi hasil daripada kitar semula air daripada tiga STP IWK ini boleh menyamai dengan 2.3 output rawatan air modul rawatan air konvensional di Sungai Dua,” ujarnya.

Beliau berkata, tiga STP yang dikenal pasti itu dipilih berdasarkan tiga kriteria utama iaitu lokasi yang strategik; potensi hasil (isipadu output air kitar semula); dan kedekatan relatif dengan bakal pengguna kategori bukan domestik.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI