fbpx

Fasiliti daging kultur pertama dibangunkan di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NG (kanan) memberi penerangan tentang proses penghasilan daging kultur di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Cell Ag­riTech Sdn. Bhd. bakal menubuhkan fasiliti penghasilan daging kultur pertama di Malaysia, bertempat di Pulau Pinang menje­lang akhir suku tahun keempat 2024, melibatkan pelaburan RM20 juta.

Syarikat itu bakal melancarkan produk daging kultur pertamanya pada Mei 2025.
Pengasas dan Naib Presiden Penghasilan, Kumpulan Syarikat Cell AgriTech, Jason Ng berkata, daging kultur adalah daging yang dihasilkan daripada pembiakan sel tisu haiwan dalam persekitaran makmal terkawal.

“Ini berbeza daripada kaedah penternakan haiwan konvensional yang melibatkan pemeliharaan dan penyembelihan haiwan.

“Hasil kaedah bioteknologi ini adalah replika daging sebenar yang berpotensi menawarkan rasa, tekstur, dan nilai pemakanan yang sama seperti daging yang diperoleh melalui kaedah penternakan konvensional,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena Persidangan pertama daging kultur Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam.

Ng berkata, pihaknya berbangga menjadi syarikat daging kultur yang pertama di Malaysia dan ingin menawarkan alternatif yang mampan dan lazat kepada produk daging tradisional.

“Kami percaya bahawa da­ging kultur merupakan makanan masa hadapan dan komited untuk memberi penyelesaian inovatif kepada industri daging dengan memfokuskan kepada bidang pertanian selular.

“Syarikat akan bekerjasama dengan UmamiMeats dari Singapura yang menghasilkan makanan laut kultur untuk me­ningkatkan pengeluaran makanan laut kultur di Singapura dan Malaysia,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI