fbpx

FAMA sasar nilai jualan RM13.5 juta menerusi Program Ramadan Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rashid (tengah) menunjukkan sayur-sayuran yang dipasarkan di Pasar Tani Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai jualan RM13.5 juta menerusi Program Ramadan Madani di 103 lokasi pasar tani di seluruh negara.

Pemangku Ketua Pengarahnya, Abdul Rashid Bahri berkata, program jualan itu dianjurkan sempena meraikan bulan Ramadan tidak lama lagi.

Beliau berkata, lebih menarik, harga jualan ditawarkan lebih murah berbanding pasaran lain iaitu sekitar lima hingga 10 peratus.

“Sepanjang jualan itu juga, usahawan tani turut menawarkan jualan Bakul Madani dan Combo Madani yang juga ditawarkan pada harga lebih murah.

“Program ini juga turut dilaksanakan di Pasar Tani Kekal, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Medan Niaga Satok, Sarawak,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Jualan Ramadan Madani peringkat kebangsaan di Pasar Tani Putrajaya, Presint 2, di sini hari ini.

Katanya, pihaknya berharap orang ramai dapat memanfaatkan program itu bagi mendapatkan keperluan menyambut Ramadan nanti.

Abdul Rashid berkata, pihaknya juga akan memastikan ketersediaan bekalan agromakanan seperti telur ayam, ayam, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan komoditi lain menerusi program itu

Menurutnya, program jualan khas itu dijalankan setiap tahun dan produk yang dipasarkan adalah barang keperluan musim perayaan seperti daging, ayam, sayur, ketupat, daun palas dan produk industri kecil sederhana seperti serunding serta kerepek.

“Bagi memberi kemudahan kepada pengguna juga, FAMA turut menyediakan perkhidmatan secara dalam talian untuk membeli barangan keperluan bagi menyambut bulan Ramadan menerusi portal Agrobazaar Online (www.agrobazaar.com.my),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI