fbpx

ARMY Malaysia bangga, Jungkook BTS dengar lagu Yuji, Putri Dahlia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TRENDING dalam media sosial terutama Twitter apabila Jungkook memainkan lagu Old Love nyanyian Yuji dan Putri Dahlia.

PETALING JAYA – Peminat kumpulan BTS iaitu ARMY di negara ini melompat kegembiraan apabila salah seorang ahlinya, Jungkook memainkan lagu tempatan sebagai muzik latar ketika bersiaran langsung baru-baru ini.

Momen tersebut sempat dirakam ketika Jungkook yang bersiaran secara langsung menerusi Weverse disarankan peminat untuk mendengar lagu nyanyian bakat muda, Yuji dan Putri Dahlia berjudul Old Love.

Tidak menghampakan saranan peminat, Jungkook pantas memainkan lagu tersebut biarpun pada awalnya berdepan kesukaran menyebut judul berkenaan.

Lebih membuatkan peminat berbangga, ahli termuda BTS itu memasukkan lagu Old Love dalam ‘library’ senarai main lagu-lagu yang didengarnya.

“Saya bangga jadi rakyat Malaysia,” kata peminat.

“Bukan biasa-biasa yang dengar lagu ini, Jungkook ya Jungkook! Malaysia mendunia!” komen peminat lain teruja.

Rata-ratanya cukup teruja dan menganggap ini sebagai satu pencapaian membanggakan kerana Jungkook mendengar karya ciptaan dan nyanyian artis tempatan.

Menyedari momen tersebut menjadi trending dalam laman sosial, Putri Dahlia yang juga merupakan anak kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin meluahkan rasa teruja kerana lagunya dimainkan penyanyi popular itu.

“Yuji! Tengok ni, Jungkook dengar lagu kita!

“Menurut ARMY, ini apa yang Jungkook cakap, oh, ini bagus. ARMY tahu banyak lagu yang bagus. Saya simpan lagu ini dalam library saya, terima kasih,” tulisnya dalam hantaran Instagram.

Untuk info, lagu Old Love ciptaan sepenuhnya Yuji dilancarkan sekitar pertengahan tahun lalu.

Sehingga kini, video lirik lagu berkenaan mencatat sebanyak 39 juta tontonan dalam YouTube.

Malah lebih membanggakan, karya Yuji distrim sebanyak 100 juta kali dalam platform penstriman popular, Spotify.

Jungkook sebelum ini pernah mencuri tumpuan apabila mendengar lagu nyanyian penyanyi tempatan, Claudia berjudul Your Gentleman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN