fbpx

Nilai kontrak Haily berjaya lepas sasaran tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rekod prestasi Haily membangunkan projek hartanah telah mendapat kepercayaan daripada pemaju utama menganugerahkan lebih banyak projek baharu. -Gambar hiasan

PETALING JAYA –  Haily Group Berhad (Haily) melalui anak syarikatnya, Haily Construction Sdn. Bhd. (Haily Construction) telah memperoleh kontrak pembinaan RM32.66 juta daripada Nice Frontier Sdn Bhd (Nice Frontier), ahli kepada IOI Properties Group Berhad untuk membina 186 unit kediaman di Bandar Putra, sekitar Iskandar Malaysia. 

Ini adalah kontrak ketiga yang diperoleh Kumpulan pada tahun ini, menjadikan jumlah nilai kontrak projek semasanya kepada RM657.87 juta.

Haily Construction telah menerima Surat Anugerah daripada JYP Architects Sdn Bhd, arkitek yang dilantik oleh Nice Frontier untuk pembinaan 186 unit rumah teres satu tingkat dan satu unit substesen Tenaga Nasional Berhad.

Kontrak itu akan bermula pada 27 Mac ini dan dijadualkan siap dalam tempoh 15 bulan menjelang 26 Jun 2024.

Pengasas dan Pengarah Eksekutif Haily, See Tin Hai berkata, kontrak ini membuktikan kepercayaan Nice Frontier terhadap perkhidmatan dan kualiti kerja Kumpulan.

“Dalam tempoh kurang daripada tiga bulan dalam tahun ini, kami telah memperoleh jumlah kontrak bernilai RM148.79 juta,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam. 

Beliau menjelaskan, dengan hanya beberapa kontrak ini, Kumpulan kini  telah berjaya mengatasi nilai kontrak yang diperolehi sepanjang tahun lepas. -KOSMO!ONLINE

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI