fbpx

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan tambah lebih 800 perjawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (tiga dari kiri) menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Minggu Glaukoma Sedunia dan Hari Buah Pinggang Sedunia 2023 Peringkat Negeri Kelantan di Hospital Pasir Mas hari ini. FOTO MUSTAQIM MOHAMED

PASIR MAS – Lebih 800 perjawatan baharu di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) telah diluluskan selaras dengan pertambahan fasiliti dan pembukaan hospital baharu di negeri ini.

Pengarah JKNK, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, antara fasiliti kesihatan yang telah siap di Kelantan ketika ini adalah bangunan baharu di Hospital Tanah Merah dekat sini.

Menurutnya, selain itu, Hospital Bachok pula dijangka siap dan akan mula beroperasi pada Oktober ini selain pembinaan beberapa klinik yang dijangka siap sepenuhnya pentengahan tahun depan.

“Apabila fasiliti ini sudah siap, sudah pasti kita memerlukan pertambahan perjawatan. Buat masa ini, Hospital Tanah Merah dan Hospital Bachok masing-masing akan ada pertambahan lebih 400 perjawatan.

“Jumlah 800 pertambahan perjawatan itu sudah diluluskan dan masih ada lagi yang perlu diisi selepas ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Sambutan Minggu Glaukoma Sedunia dan Hari Buah Pinggang Sedunia 2023 Peringkat Negeri Kelantan di Hospital Pasir Mas di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Zaini memberitahu, peruntukan sebanyak RM9.3 juta yang diberikan oleh Kerajaan Pusat untuk pemulihan klinik-klinik daif di Kelantan seperti yang diumumkan Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni pada minggu lalu telah disalurkan kepada JKKN.

Menurutnya, JKKN telah mengenalpasti 38 buah klinik daif di seluruh negeri ini dan kerja-kerja membaik pulih klinik-klinik terbabit mungkin perlu mengambil masa empat hingga lima bulan.

“Sebahagian besar kerja-kerja baik pulih klinik-klinik daif ini melibatkan pembaikan kecil dan tidak membabitkan struktur-struktur besar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI