fbpx

Pinjaman, insurans Rahmah untuk kereta terpakai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin pada sidang akhbar pelancaran kempen 'Klasiknya Raya' di Subang Jaya, hari ini.

SUBANG JAYA – Kerajaan bercadang menyediakan kemudahan pembiayaan pinjaman serta insurans kenderaan di bawah inisiatif Payung Rahmah bagi membantu golongan B40.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kementeriannya akan bertemu dengan institusi perbankan dan pihak insurans bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Idea sudah ada dan kita menunggu sesi libat urus. Selain itu, kita juga bercadang menyediakan insurans kepada wanita dan juga belia.

“Semalam, saya telah berbincang dengan salah sebuah syarikat insurans berkenaan kereta terpakai yang ada risiko kerosakan besar seperti enjin dan kotak gear.

“Skim perlindungan atau insurans Rahmah kereta terpakai akan ditawarkan kepada rakyat yang tidak berkemampuan memiliki kereta baharu. Namun, kita perlu tunggu libat urus yang lebih serius dan pakej-pakejnya akan diumumkan kelak,” ujarnya ketika sidang media selepas merasmikan Kempen Klasiknya Raya di Mydin Subang Jaya tengah hari tadi.

Dalam pada itu, beliau turut meminta pendapat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai usaha KPDN mengadakan perbincangan dengan bank tempatan untuk mempelbagai inisiatif di bawah Payung Rahmah.

Menurutnya, Tengku Zafrul memberi sokongan baik dan beliau akan usahakan KPDN untuk berjumpa tokoh-tokoh bank supaya perbincangan dapat dilaksanakan.

“Saya yakin Tengku Zafrul akan membantu saya melaksanakan idea berkenaan.

“Beliau mempunyai pengaruh kuat dan telah banyak membantu mempromosi inisiatif Payung Rahmah ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI