fbpx

Gadis dibunuh bapa saudara kerana enggan kahwin paksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Somaiya (kanan) meninggal dunia kira-kira 1.6 kilometer (km) dari rumahnya di West Yorkshire, England, Julai tahun lalu. - PA

BRADFORD – Seorang lelaki didapati bersalah membunuh anak saudaranya menggunakan pancang logam selepas mangsa enggan berkahwin dengan calon pilihan keluarganya, lapor akhbar The Sun semalam.

Pelajar bioperubatan, Somaiya Begum, 20, ditemui meninggal dunia kira-kira 1.6 kilometer (km) dari rumahnya di West Yorkshire, England, Julai tahun lalu selepas pencarian besar-besaran dilakukan oleh polis selama seminggu.

Dia ditemui dengan pancang logam jenis Bradawl sepanjang 11 sentimeter (sm) terpaku di sebelah dada kanannya di sebuah kawasan industri ringan.

Bapa saudaranya, Mohammed Taroos Khan, 52, menafikan melakukan pembunuhan tersebut tetapi dia didapati bersalah selepas perbicaraan diadakan di Mahkamah Diraja Bradford. Hukumannya akan diputuskan kemudian.

Somaiya dilaporkan tinggal bersama neneknya dan seorang lagi bapa saudaranya sebelum kematiannya.

Berdasarkan perbicaraan, Somaiya pernah diarahkan untuk berkahwin pada usia 16 tahun oleh bapanya, Yaseen Khan. 

Dia dipaksa berkahwin dengan sepupunya di Pakistan tetapi mangsa menolak cadangan itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI