fbpx

DUN Kedah luluskan RUU larang wakil rakyat lompat parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUU larang wakil rakyat lompat parti diluluskan di Sidang DUN Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini.

ALOR SETAR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kerajaan Kedah Darul Aman (Pindaan) 2023 berkaitan larangan wakil rakyat melompat parti.

Keputusan itu diumumkan Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat selepas proses pengundian RUU dijalankan sebentar tadi.

Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir secara sebulat suara menyokong pindaan rang undang-undang itu yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Terdahulu terdapat lima ADUN yang mengambil bahagian dalam perbahasan berkaitan RUU tersebut yang didahului Ketua Pembangkang, Datuk Zamri Yusuf (PH-Suka Menanti), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pejuang-Jitra), Mohd. Azam Abd. Samat (PN-Sungai Limau), Datuk Norsabrina Mohd. Noor (BN-Bandar Baharu) dan Datuk Amiruddin Hamzah (Pejuang-Anak Bukit).

Zamri dalam perbahasannya menyifatkan RUU tersebut merupakan permulaan sangat bermakna dan bersejarah buat negeri ini.

“Kesannya akan memberi pengertian mendalam kepada bentuk moral dan integriti kerana kalangan ADUN tidak boleh lagi melompat, menjual maruah atau khianat sesuka hati dan pindaan ini juga secara tidak langsung mampu menangani gejala yang menjurus kepada keyakinan pengundi,” katanya.

Mukhriz yang bangun selepas itu menyifatkan RUU berkenaan perlu diluluskan kerana ia akan menjadi sebahagian daripada proses penambahbaikan demokrasi di negeri ini.

“Lebih-lebih lagi apabila amalan lompat parti kian menjadi-jadi tidak hanya di Parlimen, malah di negeri-negeri lain. Tindakan meluluskan RUU ini akan membantu meningkatkan keyakinan orang ramai khususnya anak muda yang baru mengenali politik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI