fbpx

Kes demam denggi meningkat di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Perak merekodkan peningkatan sebanyak 414 kes demam denggi di negeri ini menjadikan jumlah keseluruhan 520 kes berbanding 106 kes tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri A. Sivanesan berkata, selain Kes demam denggi, peningkatan sebanyak 35 kes juga direkodkan bagi malaria zoonotik tahun ini berbanding 19 kes tahun lalu.

“Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-10 tahun ini iaitu dari 5 sehingga 11 Mac mencatatkan peningkatan kepada 79 kes berbanding 63 kes pada minggu sebelumnya.

“Kadar peningkatan kes yang dilaporkan bagi 2023 berbanding tahun 2022 meningkat sebanyak 390.6 peratus namun tiada kes kematian dilaporkan setakat ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, antara faktor peningkatan kes demam denggi dan malaria di negeri ini adalah musim cuti sekolah dan musim perayaan.

“Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Negeri telah mengambil segala tindakan dalam menangani isu ini.

“Jadi, saya menyeru semua rakyat negeri ini supaya memberi kerjasama apabila pihak-pihak yang berkaitan datang ke rumah atau premis-premis perniagaan untuk melakukan semburan kabus nyamuk aedes (fogging),” katanya.

Perak sebelum ini merekodkan peningkatan jumlah kumulatif kes demam denggi iaitu 457 kes setakat 4 Mac tahun ini berbanding hanya 96 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan 376.04 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI