fbpx

Kekal berkuasa, BTS pecah rekod sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN BTS

SEJARAH baru terlakar lagi buat kumpulan BTS apabila rekod mereka sebagai pemegang Guinness World Records langsung tidak tergugat.

Sekali lagi, BTS menjadi kumpulan yang paling banyak distrim dalam platform penstriman, Spotify.

Pada 10 Mac lalu, Guinness World Records melaporkan lagu-lagu BTS distrim lebih 31 bilion kali dalam platform tersebut.

Rekod dicatat kumpulan berpengaruh dunia itu hampir menggandakan rekod sebelumnya dari April 2021 apabila mengatasi Coldplay.

Awal tahun ini, BTS masih memegang rekod Guinness World Records dari tahun lalu kerana memiliki pengikut terbanyak dalam Instagram, Twitter dan TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI