fbpx

Dewan Rakyat: Ramai mangsa penipuan pekerjaan luar negara dari kawasan pedalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kebanyakan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan di luar negara berasal dari kawasan pedalaman atau luar bandar.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, dapatan itu berdasarkan data dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jelas beliau, mangsa didekati sindiket menerusi pelbagai keedah termasuk iklan tawaran pekerjaan dan diperdaya kenalan baharu dalam laman sosial.

“Mengikut trend semasa mereka terpedaya dengan iklan media sosial seperti di Facebook dan sebagainya.

“Antara pekerjaan ditawarkan pegawai perkhidmatan pelanggan, di kasino berlesen, jurubahasa, pusat peranginan dan sebagainya,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa (BN-Tampin) tentang modus operandi sindiket dan golongan yang menjadi sasaran.

Justeru, Shamsul Anuar mengingatkan rakyat Malaysia yang ditawarkan pekerjaan di luar negara merujuk kepada kedutaan Malaysia di negara terlibat terlebih dahulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI