fbpx

Polis kesan 150 peserta himpunan haram Kompleks Sogo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perhimpunan yang berlangsung bermula dari hadapan Kompleks Sogo ke Dataran Merdeka pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Hampir 150 individu sedang dikesan pihak polis susulan terlibat dalam perhimpunan serta perarakan yang dipercayai bermula dari hadapan Kompleks Sogo ke Dataran Merdeka, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya berjaya mengesan perhimpunan terbabit sekitar pukul 10 pagi tadi.

“Hasil daripada pemerhatian yang dibuat, kita dapati seramai lebih kurang 150 orang terdiri daripada aktivis hak asasi, mahasiswa dan ahli parti politik.

“Mereka menyertai perhimpunan tersebut sambil memegang plakad di antaranya “Imagine If Men Are As Disgusted With Rape As With Periods, Child Not Pride,Trans Women Are Woman, Police Your Behaviour Not My Body” dan lain-lain,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Dellhan, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan
Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Kesemua individu yang sedang dikenal pasti terlibat di dalam perhimpunan tersebut akan dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan bagi siasatan yang dijalankan dalam masa terdekat.

“Kertas siasatan ini akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya turut menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang
perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang dan menegaskan bahawa tindakan diambil terhadap pihak yang terlibat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI